Latar Belakang Kelas
Kelas ini telah diasaskan oleh Ustaz Pg. Kamarudin Bin Pg.
Shamshuddin yang berasal dari Kg. Pengiran, Sipitang. Walaupun beliau
berkelulusan Diploma Automotif dan sempat belajar di sekolah agama sehingga
tingkatan 3, namun semangat dan kecekalan beliau untuk berdakwah telah memberi
sinar baru kepada saudara-saudara kita di Daerah ini untuk belajar dan memahami Agama Islam dengan baik.
Kelas Saudara Baru ini mula beroperasi pada tahun 2004
lagi, pada awalnya kelas ini dibuat dengan menggunakan Masjid, Surau, Balairaya
dan juga rumah ke rumah. Pada peringkat awal Kelas ini memfokuskan tempat yang
jauh jaraknya dari pekan sipitang seperti Kg. Tanah Merah, Kg. Bangsal.
Perumahan I.T.C di samping 1 kelas di buka di Masjid Imam Hj hashim Pekan Sipitang bagi saudara-saudara baru di sekitar Pekan Sipitang. Saban tahun
permintaan kelas bertambah dengan jadual setiap hari semakin padat. Pada hari
isnin 2 kelas bertembung dengan masa yang sama iaitu di Surau Bomba dan Masjid
SFI. Pada hari Rabu dan Sabtu, Kelas diadakan di Masjid Imam Hj Ag Hashim Pekan Sipitang. Pada hari Khamis kelas akan dibuat di perumahan I.T.C yang mana pada
peringkat awal kelas ini dibuat dari rumah ke rumah sehingga pihak kilang
memberikan satu lot kedai untuk
dijadikan kelas. Pada hari Sabtu Kelas akan dibuat di Kg. Bangsal dan pada hari Ahad kelas akan dibuat di Balairaya Tanah Merah Melamam.
Pada 04.07.2010 kesemua kelas ini dikumpulkan menjadi satu
kelas berpusat bagi Daerah Sipitang yang mana Sekolah Agama Negeri Pekan
Sipitang menjadi titik permulaan Kelas Mualaf di Daerah ini.
Setelah beberapa lama SAN Pekan Sipitang digunakan, pihak Masjid menyerahkan Bangunan Kafa untuk dijadikan Kelas Mualaf bagi Daerah Sipitang. Pada 06.03.2011 Kelas ini telah beroprasi sepenuhnya bagi merancang segala aktiviti saudara-saudara
baru di Daerah ini. Bangunan ini pada asalnya dinamakan kelas Bimbingan Saudara
Kita Daerah Sipitang tetapi hasil cadangan Tim. Pengarah JHEAINS Ust Mohd Sidik
Hj Ag Adi maka Bangunan ini dinamakan Pusat Kegiatan Mualaf Daerah Sipitang.
OBJEKTIF
Ø MEMBERI PENERANGAN ATAU INFORMASI YANG LEBIH LUAS KEPADA GOLONGAN MUALLAF MENGENAI ISLAM.
Ø BAGI MEMANTAPKAN KESEDARAN DAN KEWAJIPAN DALAM MENITI
KEHIDUPAN SEBAGAI MUSLIM DAN MEMBIMBING SAUDARA BARU KEARAH HIDUP YANG LEBIH
SEMPURNA.
VISI
MENINGKATKAN
KESEDARAN TENTANG PENTINGNYA MELAKSANAKAN RUKUN ISLAM YANG MENJADI ASAS
PEMBINAAN AGAMA ISLAM.DAN MEMBERI PENDEDAHAN UNTUK MERUBAH DAN MEMANTAPKAN
KEKUATAN UKHUWAH DAN SILATURAHIM MASYARKAT ISLAM.
MISI
MENGHIDUPKAN ASAS KEWAJIPAN SAUDARA BARU
DALAM ISLAM,DAN MEMBANTU GOLONGAN INI MEMBINA INTEGERITI MASYARAKAT ISLAM YANG
KAMIL
SASARAN
SAUDARA-SAUDARA BARU SERTA MASYARAKAT
ISLAM YANG INGIN BELAJAR AGAMA ISLAM BAGI MENAMBAH KEFAHAMAN TENTANG ISLAM
No comments:
Post a Comment